From Cerise with Love !
The name maybe on butterflies but this ain't simply about it. Its about my butterflies in life, those changes from being a a simple caterpillar to becoming a sparkling butterfly. *winks*
Oh, most three dearest friends in the world, Life Laugh and Love. You guys keep my mind afloat everyday!
Visit my other friends who felt Love, will you?
♥ The Greatest thing u'll ever learn, is to Love & be Loved in return ♥
"Football"
SELAMAT tahun baharu. Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Itu sudah pasti.
Tahun 2013 telah meninggalkan banyak peristiwa suka dan duka baik untuk dunia sukan kita mahupun buat diri penulis sendiri.
Pengalaman yang kita lalui sepanjang tahun lalu mengajar kita lebih mengenali erti dan matlamat dalam kehidupan ini yang bersifat sementara.
Pengalaman juga mengajar kita lebih matang menilai siapa kawan dan siapa lawan.
Tahun ini juga adalah tahun kemeriahan buat arena sukan antarabangsa.
Pusingan akhir Piala Dunia di Rio, Brazil adalah kemuncak segala-galanya pada bulan Jun ini.
Bahangnya sudah semakin dirasai. Biarpun Malaysia tidak mempunyai wakil ke Rio, ia tidak sesekali merencatkan kemeriahan di negara ini.
Piala Dunia bukan sekadar dilihat sebagai medan pertempuran kuasa-kuasa bola sepak, tetapi ia adalah 'lombong' menggali segala keuntungan.
Ibarat emas yang tinggi nilainya, Piala Dunia datang sekali dalam tempoh empat tahun.
Apa sahaja yang berkaitan dengan Piala Dunia adalah pendapatan. Jersi, but, poster, gelang, permainan video, malah hingga ke football fantasy - semuanya adalah bisnes yang menguntungkan.
Selain Piala Dunia, tahun ini juga adalah medan ujian besar buat atlet-atlet negara ke pusingan akhir hoki Piala Dunia di Belanda, Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland dan Piala Thomas di Delhi, India.
Banyak lagi deretan kejohanan-kejohanan antarabangsa yang menanti, tidak termasuk Sukan Malaysia (Sukma) di mana Perlis menjadi tuan rumah pada tahun ini.
Liga Malaysia tidak kurang hebatnya yang pasti menjanjikan lebih banyak hiburan bola sepak.
Bagi penulis, apa yang menjadi tumpuan ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang dijadual dalam tempoh terdekat.
Inilah sejarah yang bakal terpahat. Segala idea dan permasalahan bola sepak negara telah melalui perdebatan.
Hasilnya didebat lagi sebelum ditapis menjadi inti yang akan mendoktrinkan asas bola sepak di negara ini yang tujuannya untuk melahirkan seramai mungkin jaguh untuk negara dan pasaran antarabangsa umumnya.
Jika pelan ini mengikut perancangan maka, tidak akan ada lagi isu keciciran bakat walaupun jangkaan halangan utama akan datang daripada ibubapa dan keadaan prasarana yang ada sekarang.
Namun, ia bukan satu masalah besar kerana sudah ada pendekatan yang dirancang bagi membantu ibubapa memahami dengan jelas.
Inilah cabaran besar buat warga Malaysia. Inilah tujuan Akademi Bola Sepak Malaysia dibina di Gambang, Pahang.
Institusi bola sepak yang menyediakan serba serbi keperluan pemain bola sepak profesional tanpa mengetepikan kepentingan akademik dan sahsiah diri.
Bak kata Pengarah Program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, Lim Tiong Kim: ''Pada usia seawal 7 hingga 9 tahun, biarkan mereka mengenali bola sepak - makan dan tidur bersama bola sepak.
''Sepuluh tahun hingga 12 tahun ajarkan mereka mengenali teknik dan kemahiran individu dan pada usia 13 hingga 17 tahun mereka diajar tentang sains sukan hinggalah kepada taktikal dalam bola sepak. Selepas itu mereka sudah bersedia untuk ke era profesional. Inilah yang dilakukan oleh Bayern Munich dan kelab-kelab Eropah.''
Ada benar kata bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Munich ini.
Kepada Tiong Kim syabas dan selamat berjuang.
Di sini juga adalah hentian noktah terakhir daripada penulis.
Malaysia Boleh untuk sekian akhirnya daripada saya.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140102/su_03/Pengalaman-guru-paling-dekat-bantu-meniti-cabaran-2014#ixzz2pCsq9ZY5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Ps: Should I let my son be a player?
xoxo !

Labels: , , , , , , , , , , , , , ,

Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.